1,280 cili padi disumbat dalam mulut Bella

Remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun dikenali Bella diberi makan 20 biji cili padi selama beberapa kali seminggu oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu.

Mahkamah juga mendengar keterangan bahawa remaja itu tidak dibenarkan minum air selama beberapa hari kerana tidak mendengar cakap Siti Bainun.

Menurut keterangan saksi pendakwaan kelima yang juga penghuni rumah kebajikan itu, Yasmin Nahar Mahmood, Bella juga dimarah dan diugut diberi air panas jika tidak mendengar cakap, selain ditendang di perut jika menjerit kuat ketika diberi suntikan picagari.

Menceritakan lanjut kejadian itu, saksi berkata, beliau atau seorang lagi penghuni rumah terbabit dikenali sebagai Aida mengira jumlah cili padi berkenaan.

Yasmin menjawab soalan balas peguam Siti Bainun, Farhan Maaruf bersetuju bahawa cili padi itu diberi kepada Bella beberapa kali seminggu.

sumber