15 kematian baru Covid-19

Kementerian Kesihatan melaporkan 15 kematian baru Covid-19 semalam (12 Feb), menjadikan jumlah kumulatif kematian kepada 32,114.

Daripada kematian yang baru dilaporkan, 33.3 peratus atau lima meninggal dunia sebelum menerima rawatan di hospital.

Malaysia mempunyai jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 972 kematian bagi setiap 1 juta penduduk, dan keempat terburuk di Asia.

Kes kematian dilaporkan di Johor (4), Perak (4), Kelantan (2), Terengganu (2), Kedah (1), Melaka (1) dan Sabah (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Purata 12 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam 30 hari terakhir berbanding purata tujuh hari sebanyak 13, menunjukkan aliran menaik.

Sehingga kini, 511 kematian Covid-19 telah dilaporkan pada bulan ini.

Setakat semalam, terdapat 140,336 kes aktif Covid-19. Ini adalah peningkatan sebanyak 112.8 peratus daripada 65,952 jangkitan aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif meningkat 248.4 peratus daripada 40,276 kes. – MK