16 kawasan di Seberang Perai Selatan akan alami gangguan air

Sebanyak 16 kawasan di sekitar Seberang Perai Selatan akan mengalami gangguan bekalan air selama 12 jam bermula Sabtu hingga Ahad ini.

Kawasan itu adalah Jalan Bukit Panchor, Transkrian, Permatang Tok Mahat, Jalan Sempadan, Sungai Acheh, Sungai Udang, Klinik Kesihatan Bukit Panchor, Klinik Kesihatan Nibong Tebal, Klinik Kesihatan Sungai Acheh dan Balai Bomba Nibong

Universiti Sains Malaysia (USM), Kampung Teluk, Sungai Buaya, Kampung Sungai Kechil, Kampung Besar dan Perda Tech.

Gangguan bekalan air bermula 10 malam, Sabtu hingga jam 10 pagi keesokan harinya.

Dalam pada itu, kawasan sekitar Pekan Nibong Tebal juga dilaporkan akan mengalami masalah tekanan air rendah.

sumber