5 Buah Yang Sepatutnya Anda Tidak Makan Semasa Hamil

Anda tahu tak makanan bahaya untuk ibu hamil? Ia terdiri daripada buah-buahan yang boleh membahayakan kesihatan ibu sepanjang kehamilan. Justeru, ibu perlu lebih berhati-hati kala memilih buah-buahan atau makanan lain ketika hamil. 

Pisang

Adakah pisang buah kegemaran anda? Jika ya, ketika mengandung, hadkan pengambilan buah pisang dalam menu seharian. Meskipun pisang mengandungi sumber potasium yang baik untuk kesihatan tapi pisang juga ada korbohidrat tinggi yang menyebabkan gula meningkat dalam darah.

Anggur

Anggur juga menjadi buah berbahaya semasa mengandung kerana kulit buah ini sukar dicerna lantas menyebabkan ibu sembelit. Selain itu mempunyai karbohidrat yang boleh menjadikan gula tinggi dalam badan.

Kurma

Terkejut apabila kami mengatakan kurma berbahaya untuk dimakan ketika mengandung? Ya betul, kurma berbahaya tapi ia untuk ibu yang mempunyai kencing manis yang teruk sahaja.

Betik Muda

Betik muda merupakan buah berbahaya semasa mengandung kerana betik jenis ini mengandungi lateks yang boleh menyebabkan kontraksi awal. Ibu dilarang sama sekali mengambilnya ketika berada di trimester ketiga hingga bersalin.

Nenas

Tapi untuk ibu, makan buah semasa mengandung seperti nenas mampu bahayakan bayi dalam rahim kerana akan terjadi kontraksi awal sebelum due date.

Jadi itulah antara buah-buah yang bahaya dan berisiko untuk ibu mengandung. Pesan Budak Kampung disini kalau isteri atau ibu atau jiran atau saudara mara mengandung kalau anda terlihat tolong nasihatkan. Kalau nak makan boleh tapi dengan jumlah yang sedikit. Tapi kalau boleh tak payah lah banyak lagi makanan yang ada.

Isteri Budak Kampung pun tengah mengandung juga sekarang. Harap-harap semuanya sihat. Korang doakan juga ya kepada isteri Budak Kampung. Byeee…