5 Perkara Wajib Anda Tahu Selepas Disuntik Vaksin

Sejak fasa pemberian vaksin COVID-19 bermula pada awal tahun ini, timbul pelbagai persoalan mengenai proses temujanji vaksin. Ini kerana mungkin ada yang masih belum jelas mengenai proses suntikan vaksin yang sebenar.

Jika anda masih belum tahu mengenai proses ini, rujuk apa yang kami sediakan di bawah ini. 5 Perkara perlu tahu selepas di vaksin.

1. Pantau kesan sampingan. Ketika berada di ruang pemerhatian, anda mesti memastikan sebarang tindak balas yang mungkin berlaku kepada diri anda pada ketika itu. Maklumkan kepada pegawai yang bertugas sekiranya anda mengalami salah satu daripada perkara ini:

a) Pening kepala.
b) Sukar bernafas.
c) Bengkak pada muka, bibir atau tekak (reaksi alahan).
d) Muntah-muntah.
e) Berasa hendak pitam.
f) Jantung berdegup dengan laju.
g) Kawasan yang disuntik menjadi bengkak.
h) Wujud ruam pada badan (reaksi alahan).

2. Simpan kad vaksin. Selepas menerima dos pertama, anda akan diberikan dengan kad vaksinasi pengesahan dos pertama vaksin. Kad ini akan diperlukan semula sewaktu anda hadir untuk menerima suntikan dos kedua kelak.

3. Jangan tayang kad vaksin di media sosial. Kad vaksinasi yang anda terima mungkin mempunyai maklumat peribadi yang penting seperti alamat, nombor kad pengenalan dan nombor telefon. Jangan menayangkannya di media sosial untuk mengelakkan kecurian identiti. Tambahan pula, semua orang akan terima kad vaksin yang sama.

4. Ambil ubat tahan sakit jika perlu. Jika anda berasa sakit pada lengan selepas disuntik, anda boleh mengambil ubat tahan sakit bagi mengurangkan kesakitan.

5. Maklumkan jika kesan sampingan berlaku lebih lama. Kesan sampingan vaksin hanya berlaku dalam tempoh sementara waktu. Namun, jika ia berlarutan sehingga lebih daripada seminggu, segera maklumkan kepada petugas kesihatan di PPV anda.

6. Bersedia untuk dos kedua. Jangan lupa bahawa anda masih mempunyai baki satu dos lagi yang perlu dihabiskan.

7. Terus amalkan SOP. Sudah menerima vaksin bukan lesen untuk anda bergembira dan mengabaikan SOP. Terus amalkan SOP seperti biasa.

Artikel ini telah disemak oleh panel Perubatan Hello Doctor dan telah disiarkan di Hello Doctor. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan. Sumber