5 Tips Nak Jadi Youtuber Tahun 2021 Cepat Dapat Duit

Bila sebut sahaja pasa Youtube sudah pasti sekarang orang tanya macam mana nak jadi Youtuber. Berapa duit dapat.

Pengetahuan umum, memang sekarang dunia Youtube berbeza dengan dulu, kalau dulu ramai yang menggunakan Youtube untuk melihat video tetapi hari ini ramai yang memuat naik video mereka sendiri ke dalam Youtube.

YouTube menawarkan peluang kepada pereka dan pemuat naik video untuk menjana pendapatan daripada video yang mereka telah muat naik ke YouTube.

Dik! sebenarnya buat Youtube bukan lah susah tapi paling penting kena ada 5 Tips ini. Jadi sesiapa yang ingin memulakan menjadi seorang Youtuber nah! baca tips ini sampai habis.

Google
  1. Wajib ada applikasi Youtube.

Untuk korang yang masih tidak ada, macam mana nak jadi seorang Youtuber haruslah memuat naik di google play atau playstore.

  1. Wajib belajar editing video
Google

Tak kisah lah korang pandai ke tak. Wajib belajar kalau tak macam mana nak hasilkan video. Jadi antara applikasi atau software yang korang boleh guna adalah untuk telefon kinesmaster, inshot, filmora , capcut dan banyak lagi cari sendiri.

Untuk software komputar/laptop boleh guna Premier Pro, Davinci Resolve, Final Cut Pro dan lain-lain. Macam mana nak belajar? Senang sahaja taip di Youtube. Jadikan Youtube guru anda.

  1. Muat naik video secara konsisten

Salah satu kesilapan yang ramai orang telah buat adalah tidak memuat naik video mereka secara konsisten. Bagi meningkatkan tarikan penonton ke video anda, anda mestilah berusaha untuk memuat naik video anda berkala sama ada secara harian atau mingguan supaya kandungan saluran anda sentiasa diperbaharui setiap hari. Ia dapat mengelakkan orang ramai daripada menjadi jemu atau bosan ketika membuka saluran anda.

  1. Buatkan jadual video anda

Pelan jadual video apa yang anda akan muat naik dan waktunya bila. Kalau boleh waktu-waktu yang memang orang suka tengok iaitu korang boleh fikir sendiri.

  1. Channel Apa

Identiti channel ini sangat pentig kerana daripada video yang anda hasilkan menggambar channel anda ini adalah apa? Cth: Makanan,Drama, Review, Teknologi, Lawak atau sebagainya.

Jadi kalau boleh jangan tukar-tukar nanti pening. Kalau tak tahu nak letak apa kategori senang sahaja tulis nama anda dan lantak lah nak buat video apa.

So! itu sahaja 5 Tip SMN hari ini jangan lupa share artikel ini sekiranya bermanfaat dan jika tak suka like pun boleh. Moga kita ketemu lagi.

sumber: 4finderz.com