595 ahli Bersatu umum keluar parti, sertai UMNO – PRN Melaka

Seramai 595 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO dalam dua majlis berasingan di Melaka malam tadi.

Di Sungai Udang, seramai 95 ahli Bersatu Kampung Bertam Hulu mengumumkan keluar parti itu serta-merta.

Rosjihan Abdul Rahman, 62 tahun, yang sebelum ini Pengerusi Tetap Bersatu cawangan itu mendakwa, tindakan berkenaan diambil selepas mereka kecewa dengan kepimpinan sedia ada.