6,849 Kes COVID-19 Direkodkan Hari Ini

Sebanyak 6,849 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 646,411 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan sebanyak 2,558 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 884 kes dan Sarawak sebanyak 699 kes.

Artikel menarik: Geran Khas Prihatin 3.0 Masuk Hari Ini Semak Sekarang!

“Seterusnya, Negeri Sembilan (685 kes), Johor (426 kes), Sabah (309 kes), Kelantan (248 kes), Pulau Pinang (205 kes), Labuan (176 kes), Melaka (170 kes), Perak dan Kedah (masing-masing 161 kes), Pahang (89 kes) dan Terengganu (66 kes).

Sumber