8,209 Kes Baru Dilaporkan Hari Ini, Selangor Paling Tinggi

Sudah 3 hari negara kita Lockdown, namun dilihat jangkitan COVID-19 hari ini dilaporkan sebanyak 8,209 kes baru setakat tengah hari tadi dan Selangor kes paling tinggi.

Kalau dilihat mengikut negeri, Selangor sangat membimbangkan kerana jumlah angka mencecah 3,000 kes dan kalau diikutkan Lembah Klang ialah 4,000 kes.

Apa nak jadi? Sampai bila kita nak duduk dirumah dan terkurung dalam bilik. SMN harap jangalah bersikap hipokrit.

SMN tulis artikel ini pun dalam bilik nak masuk office tak boleh. Apa kes?

Sepanjang tempoh Lockdown ini memang ada kes turun tapi kenapa hari ini mendadak naik? Ini semua disebabkan kedegilan.

ARTIKEL MENARIK: Total Lockdown Malaysia 1 Jun Ini – Perdana Menteri

Kerajaan pula mengumumkan ada segelintir sektor yang boleh beroperasi emm SMN rasa elok tutup terus 1 minggu 1 minggu lagi baru sesetengah sektor.

Kalau tidak ‘Confirm’ rakyat Malaysia ini degil asyik nak keluar sahaja. Ingat dia sorang ke bekerja.

KKM akan mengeluarkan butiran terpeinci berkaitan perkembangan jangkitan Covid-19 pada petang ini.

Kes baru mengikut negeri:

Selangor (3125)
Kuala Lumpur (801)
Johor (752)
Sarawak (594)
Negeri Sembilan (576)
Kelantan (414)
Perak (384)
Kedah (373)
Melaka (322)
Pulau Pinang (303)
Sabah (203)
Pahang (135)
Terengganu (127)
Labuan (62)
Putrajaya (33)
Perlis (5)

Dalam pada itu, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh pada Selasa lalu yang menyebabkan banyak sektor diarahkan tutup didakwa menjadi punca ayam segar dan proses tidak laku.

Lebih membuatkan peniaga resah apabila ramai pekerja diarahkan bekerja dari rumah, sekolah-sekolah ditutup selain masa operasi premis perniagaan dihadkan sepanjang PKP Penuh.

Walaupun dijual pada harga serendah RM6.90 sekilogram iaitu perbezaan sebanyak RM1 berbanding musim perayaan lalu, ia masih tidak dapat menarik minat pelanggan untuk membeli ayam menyebabkan ramai peniaga terbeban dan termenung kerana mempunyai lebihan stok

Sumber, Sumber