Anggota tentera jilat tangan wanita ditahan

 Seorang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang didakwa menjilat tangan seorang pekerja wanita di sebuah kedai Vape di Taman Keramat sudah ditahan di sebuah rumah di Taman Setiawangsa, dekat sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki berusia 26 tahun itu diberkas pukul 12.30 tengah malam oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) Ampang Jaya.

“Polis turut merampas kelengkapan uniform yang dipercayai dipakai suspek semasa”

“Siasatan awal mendapati suspek bertugas di Cawangan Tentera Darat, Kem Batu Kentonmen, Kuala Lumpur dan berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama tujuh tahun,” katanya

Mohamad Farouk berkata, ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap suspek didapati negatif dadah.

“Permohonan reman terhadap suspek dibenarkan selama empat hari bermula hari ini sehingga 10 Oktober nanti.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan,” katanya.