Bapa Azizulhasni meninggal dunia

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang baru sahaja kehilangan ayahnya awal pagi tadi menerusi akaun Twitter miliknya, sebentar tadi.

Bagaimanapun Azizulhasni tidak menyatakan sebarang punca kematian arwah ayahnya.

“Untuk makluman, ayah saya Awang Embong telah pulang ke Rahmatullah awal pagi tadi.

“Semoga ayah diampunkan segala dosanya, diterima segala amal ibadatnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” katanya Azizulhasni dalam ciapan terbaru di Twitter miliknya, hari ini.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut mengucapkan takziah kepada arwah bapa Azizulhasni menerusi akaun Twitternya, hari ini.

“Inalillahwainailaihirajiun. Takziah diucapkan kepada Dato Azizulhasni Awang sekeluarga atas pemergian ayahanda tercinta, Allahyarham Awang Embong.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga penuh nikmat. Al Fatihah,” ciapnya lagi. – MalaysiaGazette