Biar Betul Semua Makanan RM2 Kedai Di Kajang Ni? Boleh Serbu!

Sebut sahaja mengenai masakan pasti tiada yang boleh tandingi bak kata pepatah ‘Air Tangan Ibu’.

Bahkan bakat dan kemahiran memasak tidak semua dimiliki oleh wanita tetapi hanya yang terpilih sahaja.

Mahani Rose atau mesra disapa Kak Rose, adalah insan yang dianugerahkan kelebihan memasak sejak dibangku sekolah lagi.

Bermula daripada dapur dirumah, wanita kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang kini, mempunyai sebuah kedai Nasi Ayam Terbalik di hadapan Masjid Pekan Kajang dan juga bisnes dalam katering.

Berkongsi tujuan pembukaan kedai makan, menurut Kak Rose dia mahu membantu golongan-golongan susah seperti banduan,gelandangan untuk mencari makan dengan mudah.

Kak Rose yang dulu pernah menjadi salah seorang penghuni gelandangan berhasrat hasil daripada perniagaan yang dibina itu dapat menyumbang dana kepada keperluan mereka yang memerlukan.

Menurut Kak Rose menu utama di kedainya adalah Nasi Laduni Diraja. Hidangan ini sudah semestinya tidak asing lagi mulut-mulut warga Kajang.

Terdapat juga beberapa makanan lain yang turut dijual dikedai Nasi Ayam Terbalik ini antaranya mi kari, nasi briyani, laksa utara, chow kueh teow, kuey teow vietnam dan banyak lagi.

Paling bestnya makanan di situ memang memang warung tapi kena ingat citarasanya hotel iaitu serendah RM2.50 sehingga RM10,00 sahaja.

Terbaru bagi menghargai pelanggan Kedai Nasi Ayam Terbalik akan mengadakan Kempen Makan RM2 anda sudah boleh menikmati hidangan-hidangan yang disediakan.

Kempen Makan RM2 ini merupakan inisatif Kak Rose dan Smart Digital Solution yang merupakan penggerakan pemasaran untuk kedainya.

So korang tunggu apa lagi? Moh ler serbu Kedai Nasi Ayam Terbalik pada hari Khamis ini 29 Oktober 2020.