Biodata Ratu Cantik Atlet Terjun Negara, Senyuman Paling ‘Win’

KORANG kenal tak dengan ratu terjun cantik ini yang dikenali sebagai “Dhabitah Sabri”? Nur Dhabitah Binti Sabri atau nama popular Dhabitah Sabri merupakan atlet terjun Malaysia yang telah berjaya memenangi banyak pertandingan di peringkat antarabangsa.

Nur Dhabitah sememangnya disenangi ramai bukan sahaja kerana potensinya tetapi juga wajahnya yang tidak lekang dengan senyuman.

Malaysia hampir meraih satu lagi pingat di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri mendapat tempat ke-4 dalam aksi final acara 3 meter papan anjal wanita baru-baru ini.

Penerjun berusia 22 tahun itu menamatkan lima terjunan dengan kutipan mata 326.15, hanya 17.6 mata di belakang pemenang pingat gangsa dari Amerika Syarikat, Krysta Palmer.

Nur Dhabitah turut pernah meraih pingat emas dalam acara 10m platform individu di Kejohanan Terjun Piala Asia di Bukit Jalil pada 2015.

Kini, beliau adalah pelapis masa depan negara yang boleh sama seiring dengan penerjun dunia negara, Pandelela Rinong. Ini biodata ringkas beliau:

Nama Penuh: Nur Dhabitah Binti Sabri
Nama Samaran: Dhabitah Sabri
Tarikh Lahir: 12 Julai 1999
Umur: 22 tahun
Ketinggian: 153 cm
Asal: Kuala Lumpur
Bangsa: Melayu
Agama: Islam