BKM Fasa 1: Jadual Penuh Pembayaran Bagi Kategori Isi Rumah

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah sebuah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan dalam belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40.

Kami kongsikan pembayaran fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia BKM yang bernilai hampir RM2.0 Bilion yang akan dibayar secara berperingkat.

PEMBAYARAN FASA 1 BKM

Untuk pengetahuan anda, bagi pembayaran Fasa 1 BKM, 8.6 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 sehingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima merangkumi seperti berikut:

  • 4.0 juta isi rumah
  • 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan)
  • 3.4 juta individu bujang

AMAUN BAYARAN MENGIKUT FASA 1

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah  

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

TARIKH PEMBAYARAN RASMI BKM

Setiap penerima yang layak akan menerima pembayaran secara berperingkat-peringkat bermula 28 Mac 2022 iaitu hari rabu sehingga 8 April 2022 melibatkan peruntukan berjumlah RM2.0 billion.

Pembayaran ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan 1443H.