Budak Acah! Rembat Member Rebut ‘Abang Angkat’

Masalah dalam kalangan remaja ataupun budak ketika ini biasanya mudah tersebar menerusi media sosial. Pelbagai kesilapan yang dilakukan oleh mereka menjadi bahan bualan netizen kerana dirakam dan dimuat naik ke media sosial untuk meraih viewers.

Tular ‘rembat’ member

Menerusi satu perkongsian yang tular di Twitter milik seorang pengguna dikenali sebagai @4shrf, dia telah memuat naik rakaman video sekumpulan remaja perempuan bergaduh di satu kawasan perumahan.

Perkongsian yang berdurasi 2 minit 20 saat itu telah mendapat perhatian ramai kerana masing-masing berasa geram melihat tindakan remaja-remaja masa kini yang tidak segan menunjukan kesilapan di media sosial.

Pergaduhan juga dipercayai berpunca daripada masalah ‘jantan’ sehingga ada yang mengalami kecederaan dan laporan polis juga telah dibuat.