Bukan ‘Salesman’ Kereta Biasa. Hazwan Telah Sertai 32 Perlumbaan Rali

Sebut sahaja sukan permotoran, terbayang aksi lasak para pelumba selain kepantasan dan deruman jentera yang merupakan nadi utama sama ada sukan motor atau kereta.

Apatah lagi sukan permotoran rali yang mendedahkan para pesertanya pada persekitaran serta bentuk muka bumi yang mencabar sambil mengendalikan jentera.

Mereka yang menceburi sukan ini bukan calang-calang selain memperlukan kecekapan serta kepantasan membuat keputusan semasa beraksi.

Sebab itu, perkongsian seorang jurupandu arah kereta rali profesional dan mencipta nama dalam sukan lasak tersebut, Mohd. Hazwan Fauzi yang dipaparkan sebuah laman berita portal, Perak Gazette menarik perhatian.

Dia juga merupakan pemenang musim pertama program realiti bagi mencari jaguh sukan rali, Zero 2 Hero yang bersiaran di Astro Ria kira-kira 12 tahun lalu.

Dia bersama rakan pemandu, Faidzal Alang bersaing dengan 14 peserta lain yang kesemuanya merupakan pemandu amatur untuk diasuh menjadi jaguh.

Hazwan yang berasal dari Kelantan tetapi dibesarkan di Gerik.

Sejak terlibat dalam sukan rali pada tahun 2009, sehingga kini Hazwan telah menyertai 32 perlumbaan Malaysia Rally Champion.

Penglibatan Hazwan dalam lapangan sukan permotoran ini juga merupakan satu kebanggan bagi negeri Perak apabila dia mencipta nama tersendiri.

Pada kejohanan yang disertainya tahun 2018, pasukannya mendapat tempat ke-6 untuk kategori 4wd (Rally of Perlis) bersama pemandu, Dato’ Haniff Borhan dan tempat pertama kategori 1.6 serta ke-3 untuk kategori 2wd Rally of Terengganu dengan Faidzal Alang mengemudi jentera.

Sedikit  sebanyak penglibatan Hazwan dalam sukan ini turut dipengaruhi dengan kerjayanya sebagai jurujual kenderaan di Edaran Tan Chong Motor (ETCM) di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh, Perak sejak 13 tahun lalu.

Wah, pasti bertuah sungguh pelanggan yang berurusan dengan Hazwan kerana membeli kenderaan dan diberi khidmat nasihat daripada seorang jaguh sukan rali.

Boleh sahaja hubungi Hazwan bertanyakan pasal kereta ETCM, 019-5438499. Ini bukan biasa-biasa.