Cara kita kira jumlah Duit Yang Kita Habiskan di Shopee

Baru-baru ada satu posting yang viral dalam media Social Facebook berkenaan dengan cara mengira jumlah duit yang kita berjaya habiskan di shopee. Pekara ni tidak la begitu penting bagi sesetengah pihak tapi pada aku ia menarik untuk kita mencuba dan tahu berapakah jumlah duit yang kita habiskan.

Pada awalnya aku agak curiga dengan kaedah dan cara yang dia nyatakan, tetapi setelah melihat video dan memcubanya sendiri aku rasa terkejut. Apa yang mengejutkan aku adalah jumlah yang aku abiskan untuk membeli barang di Shopee. Kalau lihat pada gambar dibawah aku berjaya abiskan RM 16,348.60.

Kalau korang berminat untuk mencuba, korang boleh pergi kepada video yang diletak dibawah. Dalam video tu dia akan menerangkan proses dan cara untuk mengira. Tapi amaran cara dia agak susah sikit sebab korang terpaksa untuk bermain bersama-sama kod-kod, ala-ala macam hacker la. Okey semoga apa yang disampikan bermanfaat buat semua.

Credit :- Monaliza