China & Jepun Setuju Sumbang Vaksin Kepada Malaysia

(Astro Awani) Kerajaan Malaysia merakamkan penghargaan kepada China dan Jepun kerana membantu Malaysia dalam proses pemerolehan dan menyumbang vaksin untuk rakyat Malaysia.

Dalam dua kenyataan berbeza, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berterima kasih kepada dua rakan sejawatnya, Wang Yi dari China dan Motegi Toshimitsu dari Jepun.

Artikel Menarik: Buka Parlimen Atau Undur Diri -PM

Katanya, China telah bersetuju menyumbang 500,000 dos SinoVac-CoronaVac, sementara Jepun berhasrat menyumbang vaksin AstraZeneca yang dikeluarkan di negara itu ke Malaysia.

Sumber