Claim Sekarang RM150 Inisiatif eBelia Di Applikasi Ini!

Bila sebut sahaja pasal ‘claim’ sekarang mesti ramai yang terukir senyuman diwajah. Sehinggakan ada yang tengah pandu kereta terlupa lampu sudah hijau, semuanya disebabkan eBelia PEMERKASA RM150.

PEMERKASA RM150

Terkini kerajaan melalui eBelia akan memberi credit RM150 kepada belia-belia negara bermula 1 Jun 2021. Wah! sangat untung jumlah macam tu kira dah ok lah. Jadi lepas lah untuk seminggu.

Belia dan pelajar Institusi pengajian tinggi (IPT) yang layak boleh menebus RM150 melalui program eBelia PEMERKASA.

Inisiatif kredit e-tunai dikenali sebagai e-Belia bernilai RM300 juta akan dibuka kepada kira-kira dua juta belia warganegara Malaysia yang layak.

Applikasi

Untuk pengetahuan jumlah RM150 itu akan dikreditkan ke dalam akaun applikasi TnGo dan sesiapa yang masih belum download applikasi TnGo bolehlah pergi ke Appstore atau Google Playstore.

Selain itu BigPay, Boost dan Shopee yang juga akan menawarkan insentif tambahan berdasarkan kempen masing-masing. Tetapi kena ingat jangan salah download applikasi nanti jadi mangsa penipuan.

Dengan keadaan pendemik COVID-19 sekarang SMN memang sokong kerajaan beri bantuan seperti itu walaupun bukan tunai tetapi dalam kredit.

Ini kerana kebanyakkan peniaga sekarang termasuk kedai makan sudah menggunakan applikasi tersebut. Jadi mudah lah untuk korang membeli tanpa membawa cash.

So macam mana nak claim? SMN asyik daripada tadi bising je… Alah! bawah ni memang SMN nak bagitahu pun.

Cara Claim

Eh! jap.. lupa sebenarnya untuk claim e-Belia ini adalah untuk warga Malaysia berumur 18-20 tahun sahaja iaitu lahir pada tahun 2001 dan 2003.

Applikasi TnGO

Jangan sedih kerana untuk anda student sepenuh masa yang mengambil Diploma dan SKM4 level dan ke atas iaitu yang berdaftar dengan IPT boleh juga claim! Orang macam admin je tak boleh!!!

Jadi yang mana tak dapat tu jangan bersedih kerana insyallah nanti kerajaan dibawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin aka Abah akan beri juga mungkin lagi banyak.

Sebelum ini, RM200 juta telah diperuntukkan di bawah Belanjawan 2021 untuk menyalurkan RM100 kredit e-tunai kepada belia yang layak. Menerusi #PEMERKASA, Kerajaan telah menambah baik program ini dengan meningkatkan peruntukan kepada RM300 juta.

Dalam pada itu, untuk nasihat SMN adik-adik yang dapat duit tu jangan membeli benda yang tidak mendatang faedah dan lebih baik membeli makanan atau barang keperluan di kedai Serbaneka . JOM CLAIM!

Cara claim:

  1. Download applikasi TnGo
  2. Tekan mini poster e-Belia
  3. Isi maklumat yang diminta
  4. Tunggu duit masuk

SUMBER