Dah Boleh Daftar Dalam MyFutureJobs Untuk Cari Kerja Sesuai

Bagi golongan yang sedang mencari kerja, korang kini bolehlah mendaftar pada laman MyFutureJobs sebagai saluran mendapat pekerjaan bersesuaian.

Laman ini merupakan inisiatif Perkeso bagi menggalakkan golongan penganggur khususnya yang hilang pekerjaan disebabkan wabak Covid-19 mendapat kerja.

Kalau korang nak tahu, untuk menjayakan program ini kerajaan peruntukkan RM1.5 bilion sebagai inisiatif pengambilan pekerjaan.

Ia untuk menggalakkan syarikat mengambil pekerja dalam kalangan pengganggur dan golongan belia.

Bajet tersebut diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek negara.

Dana ini yang merupakan sebahagian daripada inisiatif utama kerajaan dijangka bakal memberi manfaat kepada 300,000 pencari kerja.

Menerui inisiatif ini sebanyak RM800 sebulan akan diberi kerajaan selama enam bulan kepada syarikat yang mengambil pekerja berusia 40 tahun ke bawah.

Bagi golongan pekerja berusia 40 tahun ke atas pula, syarikat akan diberi inisiatif sebanyak RM1,000 sebulan sepanjang tempoh yang sama.

Jadi, jangan bertangguh. Korang boleh cuba rezeki.