DAP Banyak Reka Cerita Kucar Kacirkan Keadaan

Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia Koo Shiaw Lee menggesa DAP tidak menembak dalam gelap dengan menimbulkan sentimen negatif terhadap kerajaan Perikatan Nasional terutama isu vaksin COVID-19.

DAP dilihat sering mengadakan cerita bahawa kerajaan PN gagal dalam mentadbir negara terutamanya dalam memerangi COVID-19.

Artikel berkaitan: GERAKAN Kemuka 10 Soalan Pada DAP, Sila Jawab..

“Mereka tidak tengok tv ke? Atau baca berita. Pelbagai pakej bantuan yang diumumkan kerajaan terutamanya dalam Pelan Pemulihan Negara.

“Semua tomahan itu dilihat hanya untuk kucar-kacirkan kerja kerajaan dalam memerangi COVID-19. Tetapi apa yang DAP bantu?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber PGRM