Dibicara Atas Tuduhan Seleweng RM120,000 Dana Pilihan Raya Bersatu

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta dibicarakan atas satu lagi tuduhan menyeleweng dana pilihan raya milik Pemuda Bersatu sebanyak RM120,000, di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Beliau berdepan satu tuduhan bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana menyeleweng dana parti yang sepatutnya digunakan untuk pilihan raya umum 2018 (PRU14).

Artikel menarik: Senarai Link ‘Moratorium’ Semua Bank, Mohon Sini!

Jika didapati bersalah, Syed Saddiq berdepan hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda.

sumber