Empat Tan Duiran Habis Dijual Harga RM1 Sekilo

Dalam tempoh tidak sampai tiga jam, semua empat tan durian yang dijual, licin dibeli pengunjung.

Apa tidaknya, dengan harga durian yang dilelong pada harga RM1 sekilogram, belum sempat gerai dibuka, pelanggan sudah beratur panjang di luar premis yang terletak di laluan utama Kampung Ketil, Pengkalan Kubor, di sini.

Perniagaan durian yang diusahakan oleh ibu tunggal, Tengku Nor Amira Tengku Razaman, 31, sejak April lalu mula dibanjiri pelanggan sejak minggu lalu apabila dia menjual raja buah itu dengan harga lelong serendah RM1 sehingga RM2 sekilogram.

Artikel menarik: Anwar Dakwa PN Kini Sudah Tumbang!

Tengku Nor Amira berkata, bekalan durian diperoleh daripada Jeli yang akan dibelinya setiap hari dan buah itu akan dijual pada harga rendah bergantung kepada harga modal.

“Biasanya saya hanya akan mengambil harga untung sekitar 20 sen hingga RM1 sahaja untuk sekilogram durian yang dilelong itu bergantung kepada harga yang saya beli daripada pembekal.