Garis Panduan Baharu Berkaitan Minuman Kerasa Oleh DBKL

Larangan penjualan arak (liquor) di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubat Cina oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang ditangguhkan selama sebulan, mula dikuatkuasakan hari ini.

Bagaimanapun, penjualan bir oleh premis terbabit masih dibenarkan bermula jam 7 pagi hingga 9 malam sahaja, sebagaimana terkandung dalam syarat baharu untuk permohonan Lesen Minuman Keras (LMK).

Namun premis terbabit perlu menyediakan ruang jualan atau pameran khas bagi bir yang berasingan daripada minuman lain, mengunci ruang jualan atau pameran selepas tamat waktu operasi penjualan bir, manakala had umur pembeli mesti 21 tahun ke atas.

DBKL dalam kenyataannya, berkata penguatkuasaan Garis Panduan Ke Atas Larangan Penjualan Minuman Keras sepatutnya dimulakan pada 1 Oktober lalu, namun ditangguhkan selama sebulan sehingga semalam.