Gelarlah Apa Sahaja Pada UMNO – Tok Mat

Umno kelihatan bersikap terbuka selepas parti itu digelarkan sebagai itik yang patah kaki yang diberikan PAS yang menjadi parti rakan mereka dalam Muafakat Nasional.

Menurut Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan lagi, gelaran yang diberikan pihak luar kepada pemimpin dan parti itu sebenarnya dicipta oleh pihak musuh saja.

“Bagi mereka yang menggelar Umno dengan pelbagai gelaran (seperti) itik, angsa, harimau dan sebagainya – gelarlah dengan pelbagai gelaran apa pun.

“Umno masih lagi parti Melayu terbesar. Malah parti politik terbesar di Malaysia.

“Kami bangkit semula bukan kerana ‘ubatan mujarab’ PAS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SUMBER