GERAKAN Agih 300 Bakul Makanan Di PPR Seri Kelantan

Dengan iltizam untuk membantu mereka yang memerlukan, Parti Gerakan Rakyat Malaysia semalam, meneruskan usaha murni ‘Helping Hand GERAKAN’ dengan mengagihkan 300 pek makanan kepada penduduk PPR Seri Kelantan, Kuala Lumpur.

Sumbangan yang merangkumi keperluan asas seperti makanan, sayur-sayuran, buah-buahan dan minuman sihat itu diagihkan oleh Presiden Nasional Parti GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai.

Dominic Lau berkata, sebahagian sumbangan tersebut adalah hasil daripada sumbangan orang ramai kepada pihak kami untuk menjayakan program ini.

“Akitiviti dan program seumpama ini sentiasa kami laksanakan sebenarnya setiap minggu dalam membantu meringankan bebanan masyarakat setempat.

Artikel menarik: Siapa Yang Luluskan Dana 5 Juta Pada Syed Saddiq?

“Program ini tidak akan terhenti di sini, kami akan terus membantu golongan memerlukan pada masa akan datang, terutamanya golongan B40. Namun akan sentiasa mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya dalam sidang media hari ini di PPR Seri Kelantan, Kuala Lumpur.