GERAKAN Kemuka 10 Soalan Pada DAP, Sila Jawab..

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai tidak berpuas hati dengan DAP yang sekadar mengkritik kerajaan tanpa menyumbang dalam menghentikan penularan wabak COVID-19.

“DAP mengabaikan usaha dan kerjasama seluruh warga negara yang kini bermati-matian dalam mengekang pandemik COVID-19. DAP teruskan propaganda politik mereka dengan membuat serangan dan fitnah kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan,” kata beliau.

Artikel berkaitan: Lantikan Pelbagai Kaum Dalam Jawatan Tinggi Kerajaan

Beliau meragui bahawa apakah peranan yang dimainkan oleh DAP dalam usaha memerangi wabak COVID-19.

“Adakah kewujudan DAP hanya demi menumbangkan kerajaan, tanpa mengambil berat negara yang berada dalam keadaan porak peranda akan memberi kesan kepada pembangunan negara?” katanya.

Sumber PGRM