Geran Padanan Digital RM5,000 Setiap IKS, Rugi Tak Ambil Peluang Ini!

Kerajaan Malaysia peruntukan RM500 juta kepada rakyat Malaysia untuk menjana pendapatan melalui tugasan platform dalam talian atau e-Dagang.

Peruntukan khas untuk mendigitalkan PKS dan usahawan mikro sangat penting kerana sektor e-dagang bakal menyaksikan sumbangan pertumbuhan peratus terhadap ekonomi digital tahun ini.

Tak dinafikan yang menggunakan kaedah digital dalam busines memiliki lebih banyak kelebihan dan ia melengkapi pemasaran tradisional. Berikut merupakan sebab kenapa pemasaran digital menjadi trend dalam dunia bisnes hari ini.

1. Melupuskan sempadan geografi

Internet telah membolehkan kita mencapai pasaran antarabangsa, menghapuskan batas geografi. Untuk memasarkan perniagaan ke penduduk negara mahupun benua lain tidak lagi mahal. Dalam bajet yang kecil berbanding pemasaran tradisional, kita boleh mengakses potensi pengguna dari seluruh dunia.

2. Kepelbagaian

Pemasaran digital membolehkan kita mencapai pengguna dalam pelbagai cara, mencapai lebih banyak jenis audiens dan menawarkan produk dan servis yang lebih luas.

3. Komunikasi dan penglibatan efektif

Jika pemasaran tradisional hanya bertumpu terhadap mendedahkan masyarakat terhadap jenama anda, pemasaran digital membantu perbualan antara syarikat dan pengguna. Anda boleh menggalakkan prospek, klien dan followers untuk melawat laman web anda, menilai produk anda, membeli dan memberi maklumbalas yang dapat dilihat oleh pasaran. Mereka juga boleh bertanya soalan dan respon kita boleh memberi manfaat terhadap audiens yang pasif.

4. Pantas

Internet adalah kepantasan, dan dalam konteks ini pemasaran dapat memberikan anda impak segera. Samada untuk menyebarkan maklumat tentang produk, berkongsi maklumat, membeli, membayar – semuanya boleh dilakukan dengan hanya beberapa klik. Anda tidak perlu lagi menanti berminggu-minggu untuk mengembangkan bisnes anda.

5. Hasil yang boleh diukur

Pemasaran digital mengizinkan anda melihat apa yang berkesan dan apa yang tidak terhadap pemasaran anda, dan anda boleh mula merancang untuk strategi berikutnya dalam masa yang singkat. Jika ianya hampir mustahil untuk mendapatkan data analisis keberkesanan dalam pemasaran tradisional, juruanalisis pemasaran anda boleh menghasilkan laporan lengkap berkenaan kempen pemasaran online anda.

Setiap permohonan akan diproses, saringan dan penelitian terhadap busines setiap IKS.

Klik sini: PERMOHONAN DANA/GERAN IKS DAN SYARATNYA