Harap Kerajaan Tidak Ambil Tindakan Tataterib – Doktor Kontrak

CUEPACS mengikuti secara dekat perkembangan Hartal Doktor Kontrak yang sedang berlaku di beberapa hospital di seluruh negara.

CUEPACS pada dasarnya tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh sekumpulan pegawai perubatan kontrak tersebut kerana khuatir boleh menjejaskan operasi perkhidmatan kesihatan ketika ini.

Pada pandangan CUEPACS terdapat cara lain yang boleh dilakukan daripada bertindak melakukan aktiviti berkumpul tersebut.

Artikel menarik: GERAKAN Agih 300 Bakul Makanan Di PPR Seri Kelantan

Bagaimanapun CUEPACS menghormati suara yang dibawa oleh kumpulan pegawai perubatan kontrak ini yang disifatkan hanya mahu permasalahan mereka didengari dan diselesaikan oleh kerajaan.

CUEPACS berharap kerajaan atau pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan daripada sudut perundangan mahupun tindakan tatatertib yang boleh memberi kesan kepada perkhidmatan pegawai perubatan kontrak ini.

PRESIDEN CUEPACS