Ini Dia Jenama Bakal Gantikan McDonald’s Di Rusia. Milik Siapa?

McDonald’s atau biasa dipanggil McD akhirnya telah menutup operasinya di Russia dan kini digantikan dengan restoran bernama Uncle Vanya yang mempunyai logo serupa dengan McD’s.

McDonalds telah menutup semua pusat jualan dan restoran di Rusia secara rasmi pada Isnin, 14 Mac 2022. Pencinta McDondal’s di Rusia sebenarnya menerima keputusan ini dengan berat hati. Penutupan ini mencetuskan kekecohan selepas seorang lelaki bernama Luka Safronov melepaskan amarahnya dengan mengamuk di pintu restoran tersebut bagi menghalang ia daripada ditutup.

McDonald’s mula dibuka di Soviet Union sejak 1990 dan kini selepas 32 tahun di Rusia akhirnya pengurusan tertinggi syarikat rangkaian makanan segera ini memilih untuk menghentikan operasinya sebagai tanda simpati dengan Ukraine yang sedang diceroboh oleh Rusia.

Ketua Pegawai Eksekutif McDonald’s Corporation, Chris Kempczinski berkata, sebanyak 847 restoran di Rusia ditutup sebagai tindakan solidariti untuk Ukraine yang kini sedang diserang oleh Rusia.

McDonald’s sehingga kini tidak pasti bila ia akan membuka semula restorannya di Rusia. Melihat keadaan itu, Vyacheslav Volodin, pengerusi Duma Rusia, memberitahu parlimen bahawa francais Uncle Vanya bersedia untuk menggantikan McDonadl’s.