Ini Sebab Kenapa Azizulhasni Berpeluang Dapat Pingat Dalam Acara….

Nama Datuk Mohammad Azizulhasni bin Awang sering kedengaran dalam industri sukan negara. Generasi muda juga pasti mengenali pemuda hebat yang dikenali dengan gelaran the pocketrocketman ini.

Azizul Hasni Awang atau nama panggilannya iaitu Jijoe dilahirkan pada 5 januari 1988. Beliau merupakan anak ke-8 daripada 9 adik beradik. Beliau berasal dari Terengganu dan sudah mendirikan rumah tangga.

Terdapat banyak perkara dan sumbangan Datuk Azizul Hasni Awang kepada negara kita yang ramai tak tahu. Beliau telah banyak mengharumkan nama negara Malaysia di serata dunia.

Antara perkara dan sumbangan terbaik bagi beliau adalah kejayaan yang dikecapinya dalam Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asea, Sukan Sea dan kejohanan lain.

Azizulhasni Awang boleh dianggap melanggar ‘hukum sains’ menerusi deretan kejayaan yang sudah dikecapinya. Pelumba berusia 33 tahun itu melalui proses transformasi yang luar biasa untuk dia berada pada tahap seperti hari ini.

“Kualiti otot dan ketinggian Azizulhasni memang tidak memenuhi kriteria untuk beraksi dalam acara trek ketika itu. Ini kerana, pada 2007, kebanyakkan pelumba keirin termasuk Josiah Ng adalah orang tinggi dan memiliki otot yang besar.

“Jadi, apa yang kita nampak sekarang (saiz fizikalnya), ia adalah pembinaan dan kaedah pemakanan yang diamalkan Azizulhasni serta program latihan yang diikutinya di Melbourne. Dia melalui proses transformasi yang luar biasa dalam tempoh 14 tahun ini.

Sudah pasti kita semua rakyat Malaysia tidak sabar untuk menunggu acara yang menjadi kesukaan beliau iaitu keirin pada petang ini di pentas Olimpik Tokyo 2021. Jadi tunggu apa lagi sama-sama menadah doa bagi umat Islam dan juga untuk bukan Islam turut berdoa sama demi kejayaan Malaysia.

Sumber 1, Sumber 2