Isteri tahanan dirogol anggota Polis hingga hamil 2 bulan

Seorang anggota polis di Sumatera Selatan, PALEMBANG dilaporkan kepada pihak atasan selepas didakwa merogol seorang isteri tahanan sehingga hamil.

Mangsa merupakan isteri kepada seorang tahanan kes dadah di Penjara Tanjung Raja, daerah Ogan Ilir.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Sumatera Selatan, Supriadi mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan tersebut.

Katanya, kes tersebut terbongkar selepas peguam bela tahanan tersebut membuat laporan pada Jumaat lalu.

“Anggota polis itu mengugut untuk memindahkan tahanan tersebut ke penjara yang lebih jauh sekiranya mangsa enggan melayani nafsu serakahnya.

“Kerana takut tidak dapat berjumpa lagi dengan suaminya, mangsa menuruti permintaan anggota polis tersebut dan kini dia hamil dua bulan akibat perbuatan itu,” ujarnya kepada Kompas.com.

sumber