Jangan Harap! Pintu Umno Dah Tutup Buat Bersatu

Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno mengecam kenyataan Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim yang mencadangkan agar parti itu bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan Bersatu.

“Umno memang mahu bekerjasama dengan mana-mana parti politik Melayu tetapi bukan dengan Bersatu. Dengan Bersatu sudah tutup pintu,” kata Puad Zarkashi.

Artikel menarik: Dibicara Atas Tuduhan Seleweng RM120,000 Dana Pilihan Raya Bersatu

“Keputusan telah pun dibuat dalam PAU 2020 dan mesyuarat MKT pada 7 Julai yang lalu.

“Maka Shahidan tak perlu bermimpi. Umno boleh bekerjasama dengan parti lain, termasuk PAS dan mereka di Sabah dan Sarawak.”

SUMBER