‘Kau Ni Apa Pun Tak Faham’ – Najib

Bekas perdana menteri Najib Razak menjelaskan dia ke Singapura untuk melawat anak bersalin selama 15 hari saja, bukan sebulan seperti didakwa anggota parlimen pembangkang.

Malah, katanya, tempoh itu termasuk kuarantin Covid-19.

“Kalau YB Sepang pandai matematik, ini adalah tempoh sehingga 15 hari termasuk tempoh kuarantin di sana.

“Kamu ni fikir zaman pandemik sudah berakhir ke? Kau ini apa pun tak faham. Hanya tahu main sentimen,” bidasnya.

Katanya, dia akan ke Singapura selepas pilhan raya negeri Melaka pada 20 November.

“Jadi saya cadang ke sana pada 21 November dan pulang sebelum 5 Disember untuk saya serahkan kembali pasport pada 6 Disember,” tambahnya.