Kelab Indonesia Berjaya Dapatkan Khidmat Ronaldinho

Kejutan datang dari saingan Liga 1 Indonesia apabila salah satu kelabnya, RANS Cilegon berjaya mendapatkan khidmat bekas pemain Barcelona dan AC Milan iaitu Ronaldinho.

Perkara ini diumumkan oleh RANS sendiri menerusi laman media sosial rasmi pasukan dan Ronaldinho turut memuat naik video yang menyatakan beliau akan datang ke Indonesia dalam masa terdekat.

Akan tetapi, Ronaldinho hanya akan beraksi dalam saingan kejohanan amal iaitu Piala Trofeo yang akan disertai RANS, Arema, Persis Solo dan Persija Jakarta.

Pengerusi RANS, Rudy Salim berkata tujuan kelab mendatangkan pemenang Piala Dunia 2002 itu adalah untuk menyemarakkan lagi kecintaan peminat terhadap saingan bola sepak domestik selain memberi semangat kepada pemain yang akan beraksi bagi saingan musim 2022/2023.

“Beliau akan hadir ke Indonesia pada sidang media pelancaran kelab yang akan melalui proses revolusi dan akan ada pergantian nama,” kata Rudy