Kembar Ini Hamil Serentak, Dengan Lelaki Yang Sama

Sepasang adik-beradik kembar di  Australia yang mendapat julukan sebagai ‘kembar paling seiras di dunia’ mendedahkan bahawa mereka  mahu hamil serentak dan  mendapatkan anak berbapakan tunang yang sama, lapor akhbar Metro UK semalam.

Anna dan Lucy DeCinque, 35, sebelum ini menjadi perhatian disebabkan mempunyai wajah amat seiras serta menjalani gaya hidup serupa termasuk berkongsi tunang yang sama.

Kisah hidup kedua-dua wanita itu kini dikongsi menerusi  siri realiti televisyen saluran TLC di Amerika Syarikat yang bertajuk ‘Extreme Sisters’.

Menerusi episod yang ditayangkan pada minggu ini, Anna dan Lucy mengaku  mereka sedang cuba untuk hamil serentak dengan melakukan  rutin bagi mencetuskan kehamilan pada waktu yang sama.

sumber