Kenapa Ramai ‘Owner Bisnes’ Pilih Pemasaran Menggunakan Video

Rata-rata usahawan di Malaysia, kini berlumba-lumba membuat atau ambil servis pemasaran video untuk meningkatkan hasil perniagaan. Mereka sedar kepentingan pemasaran video terutama di era bisnes secara online. Namun, masih ramai lagi usahawan muda yang belum mengetahui kepentingan yang ada pada pemasaran video.

Sebelum mengupas topik ini dengan lebih lanjut, penting untuk kita fahami dahulu apa yang di maksudkan dengan pemasaran video.

Servis Pemasaran Video

Maksud Pemasaran Video?

Pemasaran video merupakan satu strategi baru dalam online marketing dengan mengunakan video. Ia merupakan salah satu strategi yang paling relevan dan berkesan pada zaman digital kerana 90% masyarakat malaysia kini suka menonton video. Mereka lebih untuk mendengar dan melihat berbanding dengan membaca.

Kenapa?

Kerana masyarakat hari ini kurang berminat untuk membaca dan lebih tertarik kepada video.

Pemasaran video mempunyai beberapa faktor penting yang dapat menarik pelanggan untuk terus menonton video iklan. Ia berlaku jika anda dapat menghasilkan satu video marketing yang kreatif dan mempunyai sentuhan emosi dalam video.

Bagaimana ingin menghasilkan video yang menarik dan kreatif? Apa jenis video yang boleh dihasilkan dalam pemasaran video?

Jenis-Jenis Video

1. Social Media Live(siaran langsung)\

Media sosial seperti Facebook dan Instagram mempunyai kemudahan membuat siaran langsung. Siaran secara langsung membantu untuk terus berinteraksi dengan pelanggan secara dalam talian.

Di sini akan berlakunya komunikasi dua hala.

Kelebihan secara langsung di media sosial dapat mempromosikan produk dan jenama tanpa perlu mengeluarkan kos yang besar untuk membayar pihak ketiga untuk menghasilkan video produk anda.

Dengan kata lain, anda boleh mengurangkan kos marketing.

2. Talk Show(bual bicara)

Talk show merupakan satu pendekatan yang sangat baik. Ia merupakan satu rancangan yang mengupas sesuatu topik tertentu untuk memberi sedikit pendedahan kepada penonton berkaitan topik tersebut. Untuk melaksanakan program seperti ini, anda perlu konsisten dan mempunyai kerjasama yang padu daripada team anda.

Program ini juga sebenarnya dapat memberi pendedahan kepada penonton tentang kelebihan yang anda ada sekaligus membuat mereka lebih percaya dan menanti perkongsian anda yang seterusnya.

3. Video Testimoni

Video testimoni merupakan strategi yang sangat power dan berkesan. Masyarakat sekarang lebih percaya kepada video testimoni kerana video jenis ini merupakan feedback yang ikhlas daripada pengguna. Ia juga dapat meningkatkan kepercayaan bakal pelanggan untuk membuat pembelian dengan anda.

4. Video Content Marketing

Video content marketing merupakan satu teknik video marketing yang dapat menarik minat dan meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap produk dan servis.

UNTUK LIHAT LEBIH LANJUT BOLEH LAYARI NakNow Digital