Kes COVID-19 Menunjukkan Trend Penurunan

Kes harian hampir turun kepada empat angka dengan 10,959 kes hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,209,194 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak merekodkan sebanyak 2,723 kes, diikuti oleh Johor sebanyak 1,226 kes dan Kelantan sebanyak 983 kes.

“Selangor (979 kes), Pulau Pinang (793 kes), Sabah (751 kes), Pahang (739 kes), Perak (713 kes), Terengganu (691 kes), Kedah (660 kes), Melaka (346 kes), Kuala Lumpur (176 kes) dan Negeri Sembilan (110 kes).

“Perlis (51 kes), Putrajaya (18) dan tiada jangkitan baharu di Labuan,” menurut hantaran Facebook beliau di sini hari ini. -K! ONLINE