Sumber

Kilang Arak Diarah Tutup Serta Merta -MKN

Majlis Keselamatan Negara memutuskan untuk menutup serta merta kilang arak atau minuman keras di seluruh negara.

Menurut laporan BH, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kilang arak atau menimuam keras tidak termasuk dalam kategori keperluan asas.

“Sehubungan itu, MKN hari ini bersetuju menutup operasi kilang arak atau minuman keras seluruh negara dengan serta merta.

“Namun,MKN membenarkan beberapa kilang beroperasi yang berasaskan makanan dan minuman, namun ia hanya keperluan asas,” atanya dalam kenyataan harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini, hari ini.

Tambah beliau, hanya 12 kategori kilang sahaja dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan PKP 3.0.

Dalam perkembangan lain menurut laporan Kosmo, sebanyak 7,105 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 mencecah 579,462 kes.

Ketika ini, antara negeri yang merekodkan angka tertinggi adalah Selangor iaitu sebanyak 2,068 kes, diikuti Kuala Lumpur sebanyak 817 kes dan diekori rapat Sarawak sebanyak 703 kes.

“Selain itu, Kelantan (531 kes), Johor (431 kes), Pulau Pinang (400 kes), Negeri Sembilan (397 kes), Perak (387 kes), Sabah (318 kes), Melaka (249 kes), Kedah (236 kes), Terengganu (198 kes), Pahang (190 kes) dan Labuan (162 kes).

“Antara tempat yang mencatat kes rendah adalah Putrajaya iaitu hanya 18 kes dan Perlis memegang rekod tidak ada kes hari ini.