Kurangnya asimilasi dorong politik berasaskan kaum, kata Dr Mahathir

POLITIK berasaskan kaum terus berkembang di Malaysia kerana masyarakat berkeras mempertahankan identiti negara asal mereka, kata Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Bekas perdana menteri itu berkata tidak seperti negara lain yang pendatangnya menggunakan bahasa dan budaya selepas menerima kewarganegaraan, ia tidak berlaku di Malaysia.