Lawak Rogol Seorang Guru, Dakwaan Dan Persoalan?

Seorang remaja perempuan baru-baru ini tular di media sosial (TikTok) yang mendakwa bahwa seorang guru lelaki Pendidikan Jasmani dan Kesihatan membuat lawak berkenaan rogol yang dianggap gurauan telah mencetuskan kemarahan netizen dan warga net.

Ain Husniza Saiful Nizam (17 tahun)

Remaja atau pelajar perempuan yang dikenali sebagai Ain Husniza Saiful Nizam, 17 tahun itu mendedahkan perkara tersebut di akaun tiktoknya dan mendapat perhatian orang ramai terhadap apa yang diperkatakan oleh guru tersebut pada tarikh 23 April 2021..

Ia telah menjadi satu perbincangan yang hangat di media sosialnya sehingga ke pihak atasan berkenaan guru lelakinya yang dipercayai berkhidmat di sebuah sekolah di Puncak Alam, Selangor.

Foto: Twitter Ain Husniza

“Nanti korang nak rogol, jangan rogol yang bawah 18, korang rogol yang atas 18,”. Kata Guru tersebut yang dianggap satu bentuk gurauan.

Ain juga telah membuat laporan kepada cikgu kaunseling tetapi tidak dilayan,” katanya. Kes ini juga telah dibawa ke pihak kementerian dan jugak PDRM serta siasatan lanjut telah dijalankan.

Disini admin nak melontarkan pendapat, persoalan dan padangan tentang perkara yang menjadi fenoma berkenaan dengan pelajar sekolah ini

Admin amat mengutuk dan mengeji guru tersebut secara individu terhadap apa yang telah dilakukan, anda seharusnya bijak dalam bertutur dan melontarkan pengajaran serta pembelajaran kepada anak-anak murid.

FOTO: Tik Tok Ain Husniza

Walaubagaimana pun menjadi persoalan kepada admin, mengapa perkara ini tidak di salurkan kepada pihak atasan sekolah seperti pengetua dan PIBG?

Seperti yang dijelaskan oleh Ain dia telah membuat laporan kepada guru kaunseling tetapi tidak dilayan.Adakah sudah cukup bukti siasatan oleh pihak berkuasa untuk membuktikan perkara ini benar atau tidak?.

Setahu admin dakwaan ini mula tular melalui perkongsian pelajar ini menerusi akaun peribadi TikTok sebelum sisastan dijalankan tanpa sebarang suara rakman atau video terhadapa apa yang diperkatakan.

Sementara itu isu ini menarik perhatian bekas Menteri Pendidikan Maszlee Malik, yang meminta pengetua sekolah berkenaan untuk menyiasat lebih lanjut tentang isu ini. Minta siasat apa yang didakwa dan guru yang terlibat”. “Rogol bukanlah jenaka, dan guru harus menekankan keselamatan, bukan sebaliknya,” kata Maszlee Malik.

Disini admin bukan menyokong tetang apa yang berlaku kepada Ain, ini hanya persoalan-persolan yang timbul dan kes ini perlu disiasat dengan tetliti kerana ia melibat warga pendidik secara keseluruhan.

Apa yang membimbangkan, murid-murid yang lain ada kemungkinan kecil akan menjadikan kes ini sebagai modal mereka untuk menyerang warga pendidik yang tidak bersalah yang tiada kene mengena dengan kes berlaku ini.

Disini, admin berharap kes pelajar ini dapat diselesaikan dengan segera dan tindakkan yang tegas dan keras perlu diambil oleh guru tersebut jika disabitkan kesalahan bagi mejaga nama baik warga pendidik seluruh Malaysia.

Pihak kementerian juga bertangungjawab untuk membuat penambaikan dari segi sistem aduan pelajar agar tiada stigma guru tidak mendengar masalah pelajat terutamanya di bahagian kaunseling. #MakeSchoolASaferPlace