Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Di Zon Perang Dalam Buku ‘Debaran Semusim Di Cotabato’

Apa perasan korang apabila pada satu hari yang tenang sebaik melangkah masuk tempat kerja tiba-tiba bos panggil dan beritahu, “Zek, kau kemas seluar baju lagi tiga hari pergi ke zon perang, kena repair komputer rosak kat sana,”

Tak kisahlah apa bidang kerja korang yang menyebabkan bos keluar arahan tapi mesti menggigil kepala lutut sebaik sahaja dengar perkataan ‘zon perang’.

Pengalaman tersebut dirasai secara ‘real’ oleh seorang pegawai awam  di Kementerian Pertahanan bernama Muhaymin Wahab apabila ditugaskan sebagai pegawai pemantau di Cotabato, dekat Mindanao di Selatan Filipina.

Muhaymin menyertai Pasukan Pemantau Antarabangsa Mindanao (IMT) yang melaksanakan tugas pemantauan dan mengawasi proses gencatan senjata antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Dia bersama 12 yang lain termasuk pegawai-pegawai tentera bertugas di wilayah tersebut selama 12 bulan bermula pada 14 Mac 2018.

Pengalaman setahun bertugas ini dikongsi Muhaymin Wahab dalam buku berjudul Debaran Semusim Di Cotabato.

Mindanao ni merupakan zon perang antara pejuang-pejuang Islam dengan kerajaan Filipina sejak puluhan tahun lalu. Bukan acah-acah perang, tapi memang perang betul-betul.

Apa yang menarik, tim IMT yang ditubuhkan oleh badan antarabangsa ini telah melantik Malaysia sebagai ketua.

IMT ditubuhkan sejak 24 Ogos 2004 berperanan penting dalam memastikan kerajaan Filipina dan MILF mematuhi perjanjian gencatan senjata.

Sekarang Muhaymin dah pun bertukar dari Kementerian Pertahanan ke Jabatan Perdana Menteri sebagai salah seorang pegawai kanan di situ.

Tak payah cerita banyak, buku terbitan Studio Anai Anai ini boleh diperolehi dengan menghubungi penulisnya menerusi WhatsApp di talian 019-2775 661 atau boleh layari laman Facebook @lemaribuku15.

Rugi kalau tak baca.