Libra: Wang Digital Dari Facebook Anda Perlu Tahu

Berdasarkan laman sesawang Financial Time sebuah laman sosial yang popular iaitu Facebook bakal memperkenalkan wang digital yang dikenali sebagai Libra.

Facebook's Libra backers reportedly looking to cut ties with cryptocurrency  - CNET

Wang digital atau libra ini sepatutnya di perkenalkan pada tahun ini. Tetapi disebabkan beberapa masalah oleh pesaing yang lain Facebook terpaksa menangguh dan memperkenalkan pada tahun hadapan.

Artikel menarik: Petugas Barisan Hadapan Sudah Penat, Bantulah Kami

Disebabkan laman sosial ini menjadi antara laman sosial yang terkenal maka sambutan terhadap penggunaan mata wang ini dijangkakan sangat memberangsangkan Dan wang digital ini disandarkan pada nilai US Dollar.

Menggunakan mata wang digital ini, selain proses pembayaran antara negara, dan urusan jual-beli secara digital, ia juga akan memudahkan proses pemindahan wang antara pengguna, dan sebagainya – terutamanya pada era global masa kini.

Dengan sokongan Facebook, mata wang digital ini dijangka akan digunakan ramai. Apatah lagi dengan perkhidmatan sosial berkenaan digunakan lebih 2 bilion orang setiap bulan.

Facebook masih tidak berkongsi sebarang tarikh pengenalan untuk mata wang digital ini. Tetapi, mengikut desas-desus awal, mata wang digital Diem ini dijangka diperkenalkan pada awal 2021 kelak.