Lihat Keaadan Terkini Pelakon Veteran Mat Salleh Ini

Pelakon yang kerap memegang watak individu berbangsa Inggeris dalam filem dan drama-drama tempatan, Johan Abdullah, 73, kini menderita penyakit angin ahmar dan parkinson sejak April tahun lalu.

Akibat penyakit yang dihidapinya itu, pergerakan Johan yang berasal dari Christchurch, New Zealand juga kini terbatas dan terpaksa banyak bergantung kepada bantuan isteri, Sarepah Meriam Aboo, 48.

Sedikit menyukarkan, Sarepah Meriam yang hanya seorang suri rumah, menderita pula penyakit cakera teranjak (slipped disc) dan tiroid yang mengganggu aktiviti harian mereka sekeluarga.

Johan berkata, dia sudah lama tidak menerima tawaran untuk berlakon dengan lakonan terakhirnya adalah menerusi filem 29 Februari yang ditayangkan pada 2012.

“Jika ditanya sama ada saya rindu dengan bidang lakonan, sudah tentu kerana ia sudah biasa dan menjadi ‘darah daging’ sejak bermula pada pertengahan 1970-an.

“Sekiranya ada tawaran lakonan, saya tentu tidak menolak namun bergantung kepada keadaan saya ketika ini. Jika ada tentu sedikit sebanyak membantu perbelanjaan kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui pemberita di rumah yang disewanya di Taman Mantau Indah 1, di sini hari ini.

MAINS menerusi kenyataan memberitahu, telah mendapatkan maklumat dan keperluan terkini yang diperlukan mereka sekeluarga dan melalui amanah zakat, MAINS akan membantu Johan menerusi bantuan kewangan secara bulanan, bantuan perubatan dan bantuan wang tunai segera yang juga telah telah diserahkan semalam.

Orang ramai atau mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Sarepah Meriam menerusi nombor telefon 013-3126721 atau melalui sumbangan ke akaun bank CIMB bernombor 7014641193 atas nama Sarepah Meriam Aboo.

sumber