MCA,MIC Lebih Perlukan PN! Eloklah Keluar BN

MCA dan MIC yang merupakan dua parti komponen Barisan Nasional (BN) sebenarnya lebih memerlukan Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung Nasional Gerakan, Mak Kah Keong berkata, ini kerana MCA dan MIC adalah parti yang selalu diabaikan dan dipinggirkan dalam keputusan dibuat dalam BN.

Susulan itu, beliau menyifatkan sokongan yang dinyatakan oleh MCA dan MIC kepada kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kabinet untuk meneruskan memimpin negara adalah satu langkah yang tepat pada masanya.

Artikel menarik: Harap Kerajaan Tidak Ambil Tindakan Tataterib – Doktor Kontrak

“MCA dan MIC kelihatan dua bintang yang ditenggelamkan oleh kegelapan sehinggalah mereka menjadi sebahagian daripada kerajaan PN. Jadi eloklah keluar BN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.