Menantu Ismail Sabri Jadi Naib Presiden – Caely Holding

Syarikat pakaian dalam Caely Holdings Bhd melantik pereka fesyen Jovian Mandagie sebagai naib presiden barunya berkuat kuasa semalam.

Dalam pemfailan di Bursa Malaysia semalam, menantu Perdana Menteri Ismail Sabri itu antaranya diperkenalkan sebagai pengasas jenama pakaian Jovian Ready-To-Wear, ketua pegawai eksekutif syarikat pembelian berasaskan aplikasi HEYHO Sdn Bhd dan syarikat jualan sambal Dapur Mandagie.

Pemegang Diploma in Fashion Retail dari Universiti Lim Kok Wing itu juga dilantik sebagai pengarah kreatif Cheetah Malaysia pada tahun lepas.

“Semasa perkhidmatannya, Datuk juga berusaha untuk mengukuhkan penampilan atas talian jenama itu dengan matlamat untuk untuk menggerakkan hala tuju syarikat ke arah mempertingkatkan penawaran digitalnya,” menurut maklumat itu.