Mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan,kes bunuh isteri dan anak

Seorang pencuci kapal kelihatan sugul ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini hari ini bagi dua pertuduhan membunuh isteri dan anaknya di Kampung Bakar Batu, 4 Julai lalu.

Tertuduh, Mohamad Amir Nazri Mohd. Adam, 24, tampak terpinga-pinga ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Mohd. Zulhilmi Ibrahim.

Mohamad Amir Nazri kemudiannya mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan dan tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Bagi pertuduhan pertama, Mohamad Amir didakwa membunuh hingga menyebabkan kematian isterinya, Hajar Nursyahirin Rosman, 26, di sebuah rumah di Jalan Dewasa, Kampung Bakar Batu, di sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika disabitkan kesalahan.

sumber