Modal Serendah RM1,999, Boleh Miliki Perniagaan Telekomunikasi & Digital Sendiri – TMC

PENULARAN Covid-19 menyaksikan satu demi satu syarikat di Malaysia terpaksa mengambil keputusan perit dengan menghentikan operasi dan membuang pekerja.

Ini bermakna, mungkin puluhan ribu pekerja hilang punca pendapatan apabila terdapat syarikat gulung tikar, malah ada mula mencongak nasib mereka yang bagaikan telur di hujung tanduk

Tidak terkecuali graduan universiti yang baru membina tapak dalam dunia pekerjaan. Mereka juga menerima tamparan ‘normal baharu’ yang hebat apabila kadar pengambilan pekerjaan dilaporkan saban hari semakin terhad.

Lebih membimbangkan, Institut Kajian Ekonomi Malaysia(MIER) menganggarkan sebanyak 2.4 juta akan kehilangan pekerjaan.

Orang ramai juga, sudah mula terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi, apatah lagi dengan ketiadaan pendapatan di saat-saat kritikal ketika ini.

Atas dasar itu, hadirnya TMC sebuah syarikat yang bertapak hampir 15 dalam industri digital dan telekomunikasi untuk membantu orang ramai yang hilang punca pendapatan dan pekerjaan.

Untuk membantu orang ramai menjadi usahwan dalam bidang telekomunikasi & digital

TMC, selaku Penyedia Penyelesaian Telekomunikasi (TSP), kini menawarkan peluang perniagaan kepada orang ramai yang berminat dalam industri digital dan telekomunikasi dengan modal yang minima.

Jurucakap TMC berkata, pihaknya mahu melahirkan lebih ramai usahawan menceburi bidang telekomunikasi dan digital yang kini merupakan keperluan seluruh dunia.

“Industri telekomunikasi dan digital sekarang sedang naik walaupun industri lain sedang terjejas akibat COVID-19.

“Sebab itu, TMC mahu orang ramai diluar sana merebut peluang ini terutamanya genarasi muda yang merupakan bakal peneraju negara pada masa depan.

“Lebih-lebih lagi, kini ramai rakyat Malaysia hilang punca pendapatan dan pekerjaan disebabkan covid-19.

Konsep yang bakal diketengahkan oleh TMC kepada usahawan telekomunikasi

Untungnya, pihak TMC juga membantu dalam menyediakan modal tambahan sehingga RM50,000 kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan.

Bukan itu sahaja, peniaga juga berpeluang mendapat dana sampingan RM10,000 daripada agensi-agensi kerajaan yang terlibat.

Katanya, konsep TMC Owner Dealer Operate (TODO) yang diketengahkan oleh TMC dapat membantu orang ramai memulakan perniagaan dengan pantas tanpa mengeluarkan modal yang besar.

TMC yang juga Penyedia Penyelesaian Digital (DSP), turut tidak ketinggalan untuk membantu usahawan-usahawan yang terkesan disebabkan pendemik covid-19.

“Apa yang kami nak bantu disini adalah, menawarkan subsidi perniagaan sehingga RM3,000 sebulan.

“Tawaran ini dapat membantu serba sedikit kos operasi usahawan tersebut. Kami harap peluang yang diberikan ini membolehkan mereka meneruskan perniagaan seperti sedia kala.

Ingat, TMC sentiasa ada untuk anda yang mempunyai keinginan memiliki perniagaan telekomunikasi dan digital sendiri.

Klik borang dibawah