Moh Kome! Gerbang Malam, Port Popular Orang Ipoh Dibuka Semula

IPOH 17 Jun – Setelah tiga bulan ditutup disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan kerana wabak Covid-19, port popular di Ipoh , Gerbang Malam dibuka.

Gerbang Malam antara lokasi yang menghidupkan suasana keceriaan pada waktu malam di bandar Ipoh sejak dibuka pada tahun 2002.

Berita ini bukan sahaja memberi kelegaan kepada para peniaga setelah lama bercuti, tetapi juga orang ramai khususnya pengunjung tegar tapak bazar ini.

Operasi Gerbang Malam pula kekal dari pukul 5 petang hingga pukul 12 malam dalam tempoh PKPP ini.

Pada hari permulaan operasinya, Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu telah hadir bagi meninjau selain memaklumkan tentang SOP yang perlu dipatuhi.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Dato’ Nolee Ashilin Dato’ Mohamed Radzi.

Ahmad Faizal melahirkan rasa amat berpuashati dengan pengendalian dan SOP Gerbang Malam yang diuruskan oleh MBI.

Menurut beliau, pembukaan semula Gerbang Malam akan memberi peluang kepada orang ramai untuk berbelanja selain mencuci mata manakala para peniaga dapat meraih pendapatan semula.

Katanya, kerjasama MBI, para peniaga dan penduduk Ipoh dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan penting bagi memastikan keselamatan semua.

Gerbang Malam yang mempunyai slogan ‘Singgah leā€¦macam-macam ada” menawarkan pelbagai barangan pada harga murah dan berpatutan.