Muhyiddin terdesak hulur tangan pada Pejuang

Pengnalisis politik menyifatkan tindakan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menghulurkan tangan kepada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) seperti yang didakwa pengasasnya Dr Mahathir Mohamad, adalah situasi paling terdesak untuk Perikatan Nasional (PN).

Prof Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia menjelaskan jika diteliti, amat sukar PN untuk diterima oleh mana-mana parti pembangkang berikutan pengkhianatan yang telah dilakukan sebelum ini.

“Bercakap tentang terdesak atau tidak terdesak, jadi bila Tan Sri Muhyiddin hulur tangan kepada Pejuang, ini adalah menunjukkan situasi paling terdesak bagi PN sehinggakan mereka dah tahu tawaran itu akan ditolak tapi tetap menghulurkan tangan.

“Jadi menunjukkan manifestasi keadaan seseorang yang terdesak selalunya tidak dapat berfikir dengan rasional,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya mengenai tindakan Muhyiddin yang bertemu dengan Mahathir untuk meraih sokongan untuk kembali menjadi perdana menteri.

sumber